'Kami temukannya sudah tak bernyawa di rumah'
Kuala Lumpur: Sahabat baik kepada pelakon dan penggiat teater, Allahyarham Jit Murad iaitu Fizar Harun berkongsi bagaimana dia dan beberapa rakan menyedari bahawa Jit atau nama sebenarnya Aziz Mirzan Murad sudah meninggal dunia.
Fizar berkata, dia dan beberapa rakan gagal menghubungi Jit, 62, menerusi panggilan telefon dan kiriman WhatsApp.
"Saya dan beberapa orang lagi rakan bergegas ke rumahnya kira kira jam 2.15 petang untuk memeriksa keadaan sebenar. Setibanya di rumah, kami menemukannya sudah tidak bernyawa," katanya..
Fizar bagaimanapun tidak mengesahkan punca kematian Jit dan masih menunggu laporan rasmi daripada pihak polis dan hospital.
"Sehingga kini punca kematian belum dikenalpasti. Saya dan kawan lain menunggu keputusan rasmi pihak polis dan hospital untuk memaklumkan punca sebenar kematiannya.
"Mengenai di mana jenazah akan dikebumikan pun itu tentunya diserahkan kepada keluarga arwah. Maklumat itu mungkin akan dimaklumkan esok," katanya