Sebak Dan Sayu, Kata Ebit Lew Selepas Islamkan Wanita Ini
PETALING JAYA: ‘Sebak dan Sayu’. Demikian perasaan digambarkan pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew selepas mengislamkan seorang wanita dan anaknya dipercayai di Sabah.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ebit Lew memaklumkan, kedua-dua mereka itu ditemukan semasa ingin minum pagi dan menyatakan hasrat memeluk agama Islam. .
Sebak sayu rasa tadi seorang wanita ini bersama anaknya kejar saya lalu terus memeluk Islam. Katanya dari saya ceramah di Lahad Datu 2019 beliau nak jumpa saya. Beliau tinggal di Kundasang. .
Syukur terjumpa masa minum pagi. Dia ingin memeluk Islam. Saya ajar syahadah tadi dan minta pertolongan Persatuan An Nisa Masjid jamek Kundasang membantu. Tahniah adik ini dan anaknya. Allah sayang padanya,” katanya, hari ini.
Dalam pada itu, rata-rata netizen mendoakan dan gembira dengan kedua-dua wanita dan anaknya itu yang memilih untuk memeluk agam Islam.
“Alhamdulillah. Semoga akak sentiasa dalam redha Allah. Islam itu indah,” kata masizzati_13.
“Masya-Allah, selamat datang saudara baru,” ujar faisalirfan03_ ..