Majlis tunang jadi majlis tahlil

Majlis Tunang Jadi Majlis Tahlil

LIMA beranak yang terbabit dalam nahas jalan raya di Kilometer (KM) 44.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Bentong, Pahang, pagi semalam, yang mengorbankan dua beradik, Wafa Safia (dua dari kiri) dan Adam Haiqal. FOTO Ihsan Keluarga..

Kota Bharu: "Sepatutnya hari ini meriah kerana selain meraikan pertunangan anak saudara, majlis ini juga dapat mengumpulkan kaum keluarga tapi rupanya kami kehilangan dua ahli keluarga dalam nahas jalan raya," kata Mazlan Busu.

Mazlan, 56, yang juga datuk saudara kepada dua beradik, Wafa Safia Mohd Hairy, 17, dan adiknya, Adam Haiqal, yang maut dalam nahas jalan raya di Kilometer (KM) 44.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Bentong, Pahang, pagi semalam..

Dia berkata, anak saudaranya, Zuraini Zolkifli, 44, sempat membuat panggilan video malam kelmarin memberitahu akan bertolak pulang pada jam 12 tengah malam dan kira-kira tiga jam selepas itu, mereka sekeluarga terbabit dalam nahas jalan raya yang meragut nyawa dua anak.

"Wajah mereka semua sangat ceria ketika membuat panggilan video malam kelmarin dan masing-masing tidak sabar untuk tiba di kampung halaman di Kampung Babong, di sini, bagi memeriahkan majlis pertunangan adik Zuraini..

"Bagaimanapun, majlis pertunangan hari ini terpaksa dibatalkan atas persetujuan kedua belah pihak dan ditunda pada tarikh akan datang..

Kami tidak menyangka bahawa majlis pertunangan hari ini yang dijangka meriah akhirnya menjadi sayu dan bertukar dengan majlis tahlil buat dua beradik itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan dua beradik meninggal dunia, manakala tiga ahli keluarga lain cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas di Kilometer (KM) 44.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong, semalam.

Dalam kejadian 3.20 pagi itu, Wafa Safia dan Adam Haiqal maut di tempat kejadian, manakala bapa mereka, Mohd Hairy Ahmad, 44; ibu, Zuraini dan adik, Fahmi Eyman, 10, cedera.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, jenazah dua cucu saudaranya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dabong, Kuala Krai, dekat sini, jam 9 malam tadi, manakala Zuraini yang cedera masih dirawat di Hospital Bentong.

"Zuraini sudah dimaklumkan mengenai kehilangan anak sulung dan keduanya sejak malam tadi lagi dan menerima takdir itu dengan reda walau terlalu sedih dengan pemergian serentak dua beradik itu.

"Suami dan anak bongsunya yang cedera parah dalam kemalangan itu masing-masing dirawat di Hospital Temerloh, Pahang dan Hospital Kuala Lumpur," katanya..


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja