Identiti Ibu Dan Lapan Anak Maut Kemalangan Dikenal Pasti
Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, identiti mangsa itu termasuk seorang ibu dan lapan anak..
Mangsa dikenal pasti sebagai Norul Naziah Buyong, 37, anaknya, Muhamad Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3, dan Muhammad Raid Fathi berusia 10 bulan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Norazam berkata, seorang lagi mangsa yang meninggal dunia ialah Mohamad Rahimi Rolex, 27.
Empat mangsa yang cedera pula ialah Abd Razak Majit, 50, Ihyat Sufi Shokip, 20, Mimie Nafiesa Abdullah, 19, dan Ummi Nasuha Annuwar, 20..
Terdahulu, Norazam dilaporkan berkata, kemalangan membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.
Beliau berkata, sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 11.42 malam untuk operasi menyelamat.
"Nahas membabitkan 17 mangsa, yang mana 10 daripadanya disahkan meninggal dunia," katanya.