Masjid mana ni, polis tangkap mereka! – Rita Rudaini
PETALING JAYA – Pelakon sensasi Rita Rudaini menerusi hantaran terbaharunya dalam InstaStory menempelak secara sinis orang awam yang dilihat bersesak-sesak ketika berada di sebuah pusat peranginan terkenal tanah air..
Rita, 45, berkongsi suasana meriah di tempat peranginan popular tersebut yang tidak mengamalkan penjarakan sosial dengan membandingkan jumlah jemaah di masjid apabila kerajaan masih tidak membenarkan saf antara jemaah dirapatkan..
Masjid mana ni? (sindiran). Dah boleh rapatkan saf dah? Bagus,” ujar Rita.
Pada masa sama, pelakon filem Mami Jarum itu turut mempersoalkan ‘jenis’ vaksin yang diambil oleh pengunjung di pusat peranginan tersebut sehingga membuatkan mereka kebal dan tidak takut bersesak-sesak tanpa penjarakan sosial.
“Entah apalah yang mereka boh (masukkan) dalam badan tu. Baik kamu kunyah sahaja (makan vaksin),” jelasnya.
Gara-gara situasi ‘sesak’ di pusat peranginan tersebut, Rita juga secara sinis meminta pihak polis agar menangkap pengunjung yang didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Polis mana, polis? Mereka semua melanggar SOP. Tolong polis tangkap mereka naik lori. Tangkap mereka macam tangkap orang masjid,” sindir Rita.
Dalam hantaran berbeza, pelakon itu secara sinikal menasihati orang ramai supaya tidak lupa untuk mengambil suntikan dos penggalak vaksin supaya membolehkan mereka datang lagi ke pusat peranginan tersebut pada masa akan datang.
“Nanti balik dari ‘istana bunian’ (pusat peranginan) jangan lupa pergi cucuk booster (dos penggalak). Nanti tak boleh dapat lagi keseronokan seperti ini. Rugi,” katanya.
Bahkan, Rita turut menggesa orang ramai untuk mendapatkan suntikan dos penggalak sebagai ‘ikhtiar’ untuk mengelak daripada dijangkiti Covid-19.
“Ikhtiar katanya. Jadi apa lagi? Booster itu 100 kali ikhtiar. Jangan lupa temu janji kamu semua,” kata Rita.
Sekadar info, baru-baru ini kerajaan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan bahawa status vaksinasi individu yang sebelum ini telah menerima dos lengkap vaksin Sinovac serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas akan ditukarkan menjadi tidak lengkap sekiranya tidak mendapakan suntikan dos penggalak selepas Februari tahun depan.
Selepas status tersebut ditukar menjadi tidak lengkap, individu berkenaan adalah tidak layak untuk menerima kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin Covid-19..