Runsing Nak Cari Duit Kahwin Kali Kedua, Lelaki Dilapor Maut Minum Racun Tikus Atas Kubur Isteri

Runsing Nak Cari Duit Kahwin Kali Kedua, Lelaki Dilapor Maut Minum Racun Tikus Atas Kubur Isteri..

Buntu kerana tidak mempunyai wang. Wang yang ada pula akan digunakan untuk modal perniagaan. Pihak perempuan pula sudah mendesak untuk membuat majlis besar-besaran dengan meminta wang yang banyak,” jelas anak mangsa..

Gara-gara runsing fikir cara nak cari duit bagi melangsungkan perkahwinan keduanya bersama dengan seorang janda, seorang lelaki dilaporkan maut akibat minum racun tikus, lapor detik Jatim..

 Perkara tersebut telah disahkan oleh pihak polis yang menyimpulkan bahawa kematian mangsa adalah disebabkan oleh meminum racun tikus sehingga meninggal dunia.

 Polis juga turut menyatakan bahawa mangsa telah membunuh diri akibat terdesak untuk mencari duit bagi membiayai perkahwinannya. Lelaki yang berumur 46 tahun itu merupakan seorang penjual kasut di Mojokerto. 

Difahamkan, mangsa berstatus duda sejak isterinya meninggal dunia akibat Covid-19 pada 20 Julai 2021 yang lalu. Anak mangsa menyatakan bahawa sebelum berlakunya kejadian itu, bapanya telah menunjukkan beberapa perubahan tingkah laku. 

Menurutnya, mangsa dilihat menjadi lebih pendiam berbanding sebelumnya. Bagaimanapun, mangsa enggan menceritakan masalah yang dialaminya kepada anak-anaknya..

Anak mangsa tidak mengetahui secara pasti berkenaan sebab yang mendorong ayahnya itu untuk membunuh diri. Lebih-lebih lagi tiada wasiat yang ditinggalkan oleh bapanya kepada mereka..

Setahunya, mangsa hanya menghadapi kesukaran untuk melangsungkan perkahwinan dengan seorang janda..

 Mereka telah merancang untuk melaksanakan majlis tersebut pada 3 Julai ini. Calon isteri mangsa telah meminta Rp 17 juta (RM5,040) untuk melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka..

 “Buntu kerana tidak mempunyai wang. Wang yang ada pula akan digunakan untuk modal perniagaan. Pihak perempuan pula sudah mendesak untuk membuat majlis besar-besaran dengan meminta wang yang banyak,” jelas anak mangsa..

Sebelum membunuh diri, mangsa sempat mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya ketika hendak pergi menziarahi bakal isterinya pada hari Isnin 20 Jun lalu sekitar jam 11.30 pagi. Kemudian, mangsa telah pulang sekitar jam 2.30 petang dengan membawa bahan-bahan kasut..

 Namun, mangsa keluar dari rumah semula bersendirian selepas menukar bajunya. Menurut anak mangsa, ketika itu arwah bapanya pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal. Dia juga tidak tahu apa yang dibawa mangsa. Dia mendapat tahu berkenaan pesanan terakhir bapanya itu dari seorang pekerja..

Melalui mesej itu, dia bagaikan mengucapkan selamat tinggal untuk pergi selamanya. “Pekerja itu memberitahu saya bahawa mangsa ada memberitahunya berkenaan tuntutan gaji seterusnya, pekerja diminta untuk bertanya terus kepada saya, ” dia menambah. Polis membuat kesimpulan bahawa kematian mangsa berpunca daripada meminum racun tikus bercampur racun serangga di kubur isterinya. Pengusaha perniagaan kasut ini terdesak untuk menamatkan riwayat hidupnya akibat masalah kewangan untuk berkahwin semula..

Ketua Perhubungan Awam Polis Mojokerto, Iptu Khoirul Umam berkata, penjaga Tanah Perkuburan Islam di Kampung Gedeg, Bambang Utomo (52) pada mulanya terlihat mangsa sedang menziarahi ke kubur isterinya sekitar jam 5 petang. Kira-kira 30 minit kemudian, penjaga tanah kubur tersebut telah kembali ke kawasan tanah perkuburan untuk menghidupkan lampu di situ.

Dia kemudiannya mendapati bahawa mangsa sudah pun meninggal dunia di atas kubur isterinya. Ketika siasatan, polis telah menemui 1 paket ubat nyamuk, 2 bungkus bekas racun tikus, 1 paket sisa ubat nyamuk, gunting, selipar serta bekas muntah mangsa di tempat kejadian.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja