Kanak-kanak jumpa, ambil dadah dalam kereta bapa saudara'

'Kanak-kanak jumpa, ambil dadah dalam kereta bapa saudara'
KOTA BHARU: Kanak-kanak lelaki yang kini kritikal akibat kandungan methampethamine dalam badan, dipercayai memasukkan bahan itu selepas menemui dadah berkenaan dalam kenderaan milik saudaranya..

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata kemungkinan besar mangsa yang berusia empat tahun itu ditinggalkan suspek dalam kereta jenis Proton Saga selepas mendapatkan bekalan dadah terbabit..

"Kita percaya suspek mengambil bekalan dadah dengan membawa mangsa bersama dalam kenderaan dan siasatan awal menunjukkan ada kemungkinan mangsa ditinggalkan dalam kereta dan ada lebihan dadah di dalamnya..

"Sehubungan itu, kami merampas kenderaan terbabit untuk dihantar ke forensik untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini..

Terdahulu beliau dan isteri, yang juga Pengerusi PERKEP Kontinjen Kelantan, Datin Suzana Yashin, bersama rombongan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan melawat mangsa dalam Unit Rawatan Rapi Paediatrik (PICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)..

Muhamad Zaki berkata, daripada maklumat awal yang diperoleh, suspek yang berusia 30 tahun sudah beberapa kali membawa keluar mangsa namun tidak dapat dipastikan ke mana lokasinya..

Susulan daripada kejadian itu juga, pihaknya menahan sembilan individu berusia 19 hingga 40 tahun dalam serbuan berasingan beberapa 'port' dadah sekitar Kampung Sri Bintang, Kuala Krai, hari ini..

"Hari ini seramai sembilan individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah dalam Op Tapis Khas yang dilakukan di sekitar kampung berkenaan dan saya juga mengarahkan agar siasatan lanjut diteruskan," katanya..

Sementara itu, ibu mangsa yang berusia 36 tahun berkata, keadaan anaknya menunjukkan sedikit peningkatan kerana sudah ada sedikit respon sebaik nama dipanggil walaupun dalam keadaan ditidurkan..

"Walau belum lagi sedarkan diri, sudah ada sedikit pergerakan sebaik namanya dipanggil dan itu cukup melegakan saya..

"Harapan saya agar anak dapat diselamatkan dan keadaan saya yang menghidap kanser payudara tahap lima begini, sangat sukar untuk menguruskan keadaan sebegini," katanya..

Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun kritikal selepas dikesan terdapat dadah jenis methampethamine dalam badannya..

Susulan itu, seorang buruh yang juga bapa saudara mangsa berusia 30 tahun ditahan malam kelmarin untuk membantu siasatan..

Suspek yang memiliki tiga rekod lampau bersabit dadah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 26 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001..

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja