Rakan -rakan sering kata ‘muka sama’ sejak dulu, ‘Tangmo Nida’ versi berhijab terkesan kisah kematian aktres Thailand..
KES kematian aktres Tangmo Nida masih hangat diperkatakan dalam kalangan netizen..
Berbagai spekulasi dan teori dikeluarkan oleh pihak tertentu yang mengesyaki kemalangan ini adalah dirancang..
Ketika kisahnya menjadi perhatian, muncul seorang wanita di negara ini yang wajahnya dikatakan saling tak tumpah dengan bintang terkenal antarabangsa dari Thailand itu..
Menerusi perkongsian video yang dimuatnaik oleh adik iparnya, rata-rata netizen turut mengakui bahawa wajah wanita itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Fee Fitroh, 34, mirip aktres berkenaan..
Saya tak tahu adik ipar nak post video tu. Saya tahu pun selepas kawan dan customer dari Thailand beritahu video saya dah viral sampai negara sana. Customer tu selalu datang salun milik saya dekat Sungai Golok, Thailand..
Saya sendiri pun memang berasal dari Thailand. Bagi saya, wajah kami tak sama pun. Tapi sejak kes kematian Tangmo, makin ramai orang tegur dan cakap sama,â jelas Fee.
Rakan dan pelanggan dari Thailand beritahu video gadis ini sudah viral sampai negara asalnya, Thailand.
Ketika dihubungi mStar, sesi temubual melalui panggilan WhatsApp ini terpaksa diterjemahkan oleh adik iparnya, Lely Malik, 28, seorang warga tempatan yang menjadi perantara perbualan..
Ini disebabkan Fee baru menetap di Malaysia setelah berkahwin dengan jejaka berasal dari Kelantan, Nik Rosdi, yang berusia 41 tahun..
Bila video muka saya sama dengan Tangmo tu viral, saya takut juga sebab disamakan dengan orang yang dah meninggal. FEE
Saya tak berapa fasih nak cakap Melayu kecuali dalam slang Kelantan. Tetapi sekarang boleh membaca dan mengeja perkataan Melayu cuma lambat sikit.
Lagipun saya datang Malaysia sebelum PKP tahun 2018 lepas kahwin. Jadi saya masih baru lagi. Saya dan suami tinggal dekat kawasan Rantau selepas mendirikan rumahtangga..
Saya kenal suami dekat Facebook. Pertama kali jumpa dia pun masa hari perkahwinan. Masa bercinta pun kami cuma berbual melalui video call saja, jelas Fee..
Wanita ini masih belajar untuk fasih berbahasa Melayu setelah menetap di Malaysia sejak 2018..
Bercerita lanjut, Fee mengakui bahawa dia terkesan dengan berita kematian Tangmo walaupun tidak mengenali aktres itu secara peribadi.
Bila video muka saya sama dengan Tangmo tu viral, saya takut juga sebab disamakan dengan orang yang dah meninggal. Tapi bagi saya cerita kematiannya sangat menyedihkan..
Saya memang ambil tahu perkembangan Tangmo sebelum kes kematian dia lagi. Bagi saya banyak cerita yang tak betul dikeluarkan. Kita masih tak tahu macam mana sebenarnya kejadian sampai dia mati, jadi hal ni bagi saya belum selesai..