ali xpdc ditidurkan

Ali XPDC telah ditidurkan..50/50..bantu doakan suami saya.."isteri Ali XPDC"

Kuala Lumpur: Penyanyi, Ali XPDC, 53, yang dimasukkan ke Hospital Ampang, Jumaat lalu terpaksa ditidurkan hari ini selepas mengalami kesukaran bernafas..

Isterinya, Sharifah Syarzana dalam satu kiriman suara kepada rakannya memohon semua peminat terutama rakan-rakan suaminya melakukan solat hajat dan bacaan Yassin untuk kesejahteraan Ali. "Keadaannya 50 /50 sekarang. Minta adakan bacaan Yassin. 
Saya seorang menemaninya di hospital," katanya..

Sementara itu, Facebook Sahabat XPDC turut memuat naik status terkini Ali kepada peminat mereka.. 

"Assalamualaikum. Perkembangan terkini saudara Ali XPDC setakat jam 7 malam hari ini. Ahli keluarga Ali minta semua doakan Ali supaya cepat sembuh..

Keadaan Ali kalau ikutkan semakin sihat dan mula diajar buat aktiviti ringan dan dah boleh bercakap walaupun keadaan separuh badan belah kanan masih lemah. Tetapi petang tadi Ali mengalami sesak nafas dan hospital telah 'tidurkan' sementara buat masa ini..

Walaupun pernafasan Ali sudah kembali normal tapi dia masih lagi di ditidurkan dan dipantau," tulisnya. Mereka turut memaklumkan Ali tidak dijangkiti Covid-19, cuma sebelum ini dia diletakkan di wad saringan Covid-19. "Apapun beliau masih lagi tidak boleh menerima pelawat..

Ahli keluarga minta semua peminat dan sahabat untuk doakan dan solat hajat untuk kesihatan Mohd Ali Ismail dikembalikan dan sihat seperti dulu," katanya..

Terdahulu, Ali dikejarkan ke Hospital Ampang, Jumaat lalu apabila tiba-tiba didapati tidak bermaya ketika mahu makan selepas selesai berlatih di studio milik pemain bass XPDC, Eddie di Pandan Indah..

Mereka berlatih sebagai persiapan untuk Konsert Jualan Hitam 2022 yang akan berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting pada 12 Mac ini..

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja