Yantzen okay, tetap tenang walaupun ditimpa Banjir

Yantzen okay, tetap tenang ditimpa banjir

Kuala Lumpur: Penyanyi popular, Yantzen, 63, berada dalam keadaan baik dan tenang di pusat penempatan sementara (PPS) sebuah sekolah di Batu 12 Hulu Langat sejak dibawa keluar, Ahad lalu dari kawasan banjir besar yang melanda rumahnya hingga tenggelam.

Pengerusi Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama), Ayob Abd Majid yang melawat Yantzen ketika dihubungi berkata, keadaan Yantzen baik di PPS itu dan esok dia akan ke Terengganu kerana ada persembahan di sana..

Semalam ketika berjumpa dengan Yantzen, dia tenang dan sedia untuk menjayakan persembahan di Terengganu, esok. Cuma, kami perlu membantu menyiapkan pakaian untuk dia kerana semua pakaiannya sudah rosak akibat banjir. Yantzen turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin dengan situasi dialami dan tampil membantu," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya juga mengenai bantuan kewangan yang disalurkan kepada Yantzen, Ayob berkata, Irama ada menubuhkan Tabung Mangsa Banjir Pengiat Seni yang memberi ruang kepada orang ramai menghulur sumbangan.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja