Tokoh agama Kedah, Tuan Guru Syeikh Yahya Asy’ari maut dalam kemalangan

Tokoh agama Kedah, Tuan Guru Syeikh Yahya Asy’ari maut dalam kemalangan
PENDANG: Seorang tokoh agama ditemui rentung selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Sungai Jagung, Padang Pusing, di sini, hari ini..

Tokoh agama berkenaan, Yahya Asy’ari, 65, dipercayai dalam perjalanan dari tempat mengajar di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena ke rumah mereka di Kampung Lubuk Reba, di sini, ketika nahas berlaku jam 4.40 petang..

Anak ke-10 Yahya, Usamah Yahya, 21, berkata jenazah bapanya kini berada di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk urusan bedah siasat..

Kata, dia sekeluarga bagaimanapun belum berbincang untuk urusan pengebumian jenazah arwah bapanya sehingga urusan di hospital selesai..

“Setakat ini, jenazah masih di hospital dan kami belum terima sebarang maklumat dari doktor setakat ini,” katanya..

Allahyarham Yahya pernah melanjutkan pelajaran di Makkah dengan memasuki Madrasah Darul Ulum, Madrasah Saulatiyah dan Jami’ah Ummul Qura, selama 28 tahun..

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah, berkata kejadian membabitkan lima kenderaan iaitu Perodua Viva, Proton Saga, Toyota Hilux, Perodua Myvi dan sebuah Proton Wira..

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Viva yang dipandu mangsa datang dari arah Sungai Jagung menghala ke Padang Pusing, dipercayai cuba memotong kereta Proton Saga di hadapannya..

“Bagaimanapun kereta itu bertembung dengan sebuah pikap Toyota Hilux sebelum terbabas dan melanggar dua kenderaan lain..

“Akibat pertembungan itu, Perodua Viva dipercayai terseret dan terbakar menyebabkan pemandunya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini..

Arriz Sham berkata, kemalangan itu membabitkan 12 mangsa dengan satu kematian, dua cedera ringan manakala sembilan mangsa tidak cedera..

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987..

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Ezzat Emran Ezzani, berkata kereta Perodua Viva yang terbabit dalam kemalangan dipercayai terbakar 90 peratus..

Katanya, sepasukan anggota dari BBP Pendang dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 4.38 petang..

Beliau berkata, dalam kejadian itu, seorang mangsa ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah kereta Perodua Viva..


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja