Simpati dengan pencuri pecah masuk kedai, tuan kedai beri duit belanja

Simpati dengan pencuri pecah masuk kedai, tuan kedai beri duit belanja..

BEKASI: Polis menahan seorang wanita bersama anaknya yang masih kecil selepas dia didapati mencuri sejumlah duit milik pengusaha kedai beras di Mustikajaya di Bekasi, baru-baru ini.

Jurucakap polis, Ahmad Harianto berkata, tangkapan itu dibuat selepas kegiatan jenayah wanita itu dirakam kamera litar tertutup yang diletakkan di premis tersebut..

Rakaman itu menunjukkan wanita itu mendukung anaknya dan pecah masuk ke kedai beras tersebut ketika tuannya tertidur.

Suspek yang memakai baju biru itu juga dilihat seperti ketakutan ketika mengambil sejumlah duit yang diletakkan dalam beg plastik.

“Wanita itu ditahan oleh pemilik kedai di sebuah pasar sebelum dibawa ke balai polis.

“Suspek mengakui perbuatannya dan memohon maaf kepada tuan kedai beras itu. Dia juga memaklumkan dia terpaksa mencuri kerana desakan hidup,” katanya.

Jelas Harianto, pemilik kedai beras itu kemudiannya memaafkan wanita tersebut dan menasihatinya supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Katanya, lebih mengharukan, pemilik kedai beras itu bukan sahaja tidak mahu wanita itu dikenakan tindakan undang-undang, malah dia juga diberi sedikit wang untuk meneruskan kehidupan.

“Pemilik kedai beras itu berasa simpati melihat keadaan wanita itu bersama anaknya.

“Sehubungan itu, dia memberikan sedikit wang kepada mereka untuk membeli barangan keperluan,” ujar Harianto..

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja