Baby Shima Sedih Kenapa Ramai Orang Benci Dirinya? – ‘Terus Terang Saya Tak Kuat🤔🤔

Penyanyi dan selebriti media sosial, Baby Shima, meluahkan rasa hairan kenapa begitu ramai orang yang membenci dirinya sejak belakangan ini. Luahan tersebut dimuat naik oleh Shima di akaun Instagram miliknya..

Menurut penyanyi dengan nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, keadaan itu adakala sering bermain di fikirannya memandangkan dia tidak tahu apa kesalahan yang telah dilakukan sehinggakan ramai tidak menyukainya.

Kadang terfikir juga kenapa ramai benci Shima. Sedangkan, Shima tak pernah kacau orang lain. Tak pernah kacau rumah tangga orang, keluarga orang. Tak pernah juga minta duit mak ayah anda semua. Tak pernah!

Sebelum ini, Shima dipercayai memberi bayangan mengenai kesedihannya itu menerusi perkongsian sebuah kata-kata mutiara berbahasa Inggeris, ‘Anda boleh memalsukan senyuman, tetapi tidak perasaan’. Ujar Shima lagi, dia tidak dapat menahan kesedihan dan tidak sanggup bertahan dengan situasi seperti ini..

Menerusi perkongsian tersebut, Shima menerima pelbagai respons daripada pengikut dan peminatnya. Rata-rata pengikut dan peminat mahu Shima terus kuat semangat dan bersabar dengan situasi yang dihadapi ini. Namun, ada juga dalam kalangan pengikut yang berpandangan negatif dan sinis selain beranggapan antara punca dirinya dibenci kerana gelagatnya sendiri di media sosial.

Dalam pada itu, terdapat juga rakan artis yang memberi respons terhadap luahan Shima itu di ruangan komen sambil memberi kata semangat. Antara yang berbuat demikian ialah penyanyi Wani Kayrie, komposer dan penyanyi, Harry Khalifah atau Apak dan pelakon, Erry Putra..

DAH BACA TOLONG LIKE DAN SHARE

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja