Rapid KL perli penumpang makan mi segera

Rapid KL perli penumpang makan mi segera

PETALING JAYA – Disebabkan kedegilan para penumpangnya, pihak Rapid KL hari ini mengambil tindakan memerli penumpang yang melanggar undang-undang.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi, Rapid KL memerli dua wanita yang dilihat memakan mi segera di dalam tren..

Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan mi segera dalam tren. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula.

“Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum di dalam tren,” katanya syarikat prasarana itu.

Status tersebut turut disertakan dengan tanda pagar #rapidkl #tegursebabsayang.

Rata-rata orang ramai bersetuju dengan tindakan yang dilakukan Rapid KL dan menyeru pihak berwajib supaya bertegas dengan penumpang yang masih berdegil.

“Jenis tegur tidak jalan elok emergency brake (brek mengejut) biar mi segera masuk hidung.

“Masa orang makan mi segera dalam tren ni tiada pula brek mengejut,” ujar Rashid Saleh Yakob.

“Nanti kena saman, salahkan RapidKL. Kalau tren tiba-tiba berhenti mengejut mi segera jatuh satu koc kotor sebab kuah mengalir,” kata Zaa Landau.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja