Harga minyak masak bukan di bawah kami – Jeck Seng

Harga minyak masak bukan di bawah kami – Jeck Seng

PONTIAN: Isu kenaikan harga minyak masak sehingga membebankan pengguna bukan melibatkan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, sebaliknya di bawah kementerian lain.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, kementerian bertanggungjawab ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang bertanggungjawab dalam harga barangan..

Beliau akan menghubungi kementerian tersebut memandangkan rungutan mengenai harga barang kini berlaku di lapangan dan memerlukan tindakan segera daripada pihak berkenaan.

Menurut Jeck Seng, walaupun kementeriannya terlibat secara langsung dengan industri kelapa sawit di negara ini, namun, ini tidak bermakna soal minyak masak juga di bawah kawalan pihaknya juga.

“Saya amat memahami isu yang berlaku di lapangan ketika ini apabila orang ramai terkejut dengan kenaikan harga minyak sawit botol, dalam masa yang sama sukar untuk mendapatkan minyak masak peket.

“Harapan kami supaya pihak kementerian turun padang bagi melihat dengan lebih dekat isu kenaikan harga minyak masak yang dilihat oleh pengguna naik terlalu tinggi,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan kotak makanan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor di Pekan Nanas, di sini hari ini.

Sumbangan itu disampaikan oleh Mejar Cina, Datuk David Wong Khong Soon yang mewakili Yayasan Sultan Ibrahim Johor.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan harga minyak masak botol lima kilogram mencecah harga sehingga RM42 berbanding asal RM29 atau RM28.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai mengakui amat memahami keluh kesah penduduk di kawasannya yang kini berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi.

“Saya akan membawa isu ini kepada pengetahuan kementerian berkenaan bagi mencari jalan supaya kenaikan harga minyak masak dapat diselesaikan dengan segera,” ujarnya.

Mengenai tindakan pekilang kelapa sawit yang menutup operasi mereka berikutan kejatuhan mendadak harga minyak sawit, Jeck Seng memberitahu peringatan telah diberikan menerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

“Saya ingin memberi peringatan tegas berkaitan tindakan yang telah diambil oleh pengilang berkenaan sehingga menjadikan maksud asal lesen itu dikeluarkan tidak lagi wujud,” jelasnya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja