Ya Allah.. sedihnya tengok. Tak dpt bayangkan masa adk ni kena sengat smpai byk mcm tu. Kita yg kena satu je pun dh rasa pedih sgt apatah lagi budak kcil 5 tahun. Semoga keluarga tabah hadapi dugaaan. Alfatihah..
Kuala Nerus: Kegembiraan tiga beradik bermain di padang permainan bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut disengat tebuan, di Kampung Tok Jembal, kira-kira 5.40 petang semalam.
Mangsa, Eidrish Mohd Khalid, 5, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 11.20 malam tadi selepas terkena 60 sengatan di seluruh bahagian badan.
Bapa mangsa Mohd Khalil Omar berkata ketika kejadian dia bersama isterinya Norliza Shaparuddin dan 3 anaknya sedang bercuti di kampung dan merancang untuk pulang ke Ipoh kira kira 6 petang..
Bagaimanapun ketika bersiap-siap untuk pulang dia didatangi anak sulungnya Adelya Qaisara datang memaklumkan bahawa adiknya diserang tebuang yang keluar dari sarang di bawah pelantar jeti terapung terbiar dikawasan berkenaan..
Sebaik mendengar jeritan Adelya, saya terus berlari ketempat kejadian dan melihat Edrish sudah terbaring ditanah dengan Tebuan penuh satu badan..
Ketika saya mendukungnya masuk kerumah dia masih bernyawa tetapi dia sangat lemah'dan kaku tidak menjerit dan menanggis ..
“Adelya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ kerana terkena dua sengatan manakala Aiyris pula dirawat sebagai pesakit luar..
“Saya pula sepatutnya dirawat di wad kerana terkena hampir 20 sengatan, tetapi terpaksa pulang untuk menguruskan pengebumian Eidrish kira-kira 10 pagi tadi,” katanya.
Mohd Khalid berkata dia reda dengan pemergian anak ketiganya itu, tetapi kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak yang membiarkan rangka pelantar jeti tersebut di kawasan padang permainan tanpa penyelenggaraan..
“Tidak sepatutnya rangka pelantar jeti ditinggalkan di kawasan padang permainan kerana ia boleh menjadi habitat pelbagai haiwan berbisa.
“Saya harap pihak berkenaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mengambil tindakan sebelum nyawa lain terkorban,” katanya..
“Salam takziah,ambe kena 4 das sengat tebuan pom xley nk tidur dia punya berdenyut Allah je yg tahu,ni kn 60 sengatan..kalau tahu ada sarang dia baik cepat2 la panggil bomba or JPAM mari hapuskn” –