Dah Kantoi, Buat-Buat Tak Faham Pula...🤔
peralatan dan ubat batuk serta air minuman berkarbonat dipercayai untuk menghasilkan 'chakoroi' yang ditemui di rumahnya itu.
Difahamkan, helah itu sengaja dilakukan lelaki berkenaan kerana dia bimbang akan dicekup dan disoal dengan lebih lanjut kerana tindakannya menjual ketum yang diproses menjadi chakoroi.
Bagaimanapun, dia bersama isteri masing-masing berusia 33 dan 32 tahun ditahan JIM selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai dokumen sah.
Pemeriksaan mendapati selain bekerja sebagai penoreh getah, lelaki berkenaan turut mengambil kesempatan memproses ketum menjadi chakoroi di rumahnya yang kemudiannya dijual dengna harga RM10 sebungkus.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan di rumah kongsi tapak projek di Kepala Batas, empat lelaki ditahan kerana didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah selain tinggal di negara ini melebihi tempoh dibenarkan.
Timbalan Pengarah JIM negeri (Kawalan) Rosmaliza Mohamed Rashid berkata, dalam serbuan di rumah kongsi terbabit seramai 21 pekerja warga asing diperiksa.
"Daripada jumlah itu, empat daripada mereka masing-masing dua lelaki Indonesia, seorang Bangladesh dan Myanmar ditahan selepas mereka didapati tiada dokumen sah.
"Semua yang ditahan berusia 33 hingga 39 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya..