Datang Dari Perak, Kena Saman RM6,000 Di Melaka
Jelasnya, serbuan dilakukan kira-kira pukul 10 pagi susulan aduan bunyi bising yang dibuat oleh penduduk di kawasan berkenaan.
“Kita telah menerima laporan membabitkan bunyi bising motosikal di kawasan tersebut dan hasil serbuan kita menahan 10 individu berusia antara 20 hingga 30 tahun, selepas mendapati kenderaan ditunggang mereka telah diubah suai.
“Antara yang ditahan adalah dua beradik atas 17 kesalahan mengubah-suai motosikal jenis Yamaha Y15ZR dengan jumlah saman dikeluarkan adalah sebanyak RM6,000,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini, semalam.
Tambahnya, hasil pemeriksaan di premis juga menjumpai dua plastik dipercayai air ketum yang dimiliki oleh salah seorang penunggang.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 72 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk mengubah-suai ekzos, struktur kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut piawaian dan tidak mempunyai cermin sisi.
“Difahamkan, kumpulan ini berkonvoi ke Melaka bagi meraikan tahun baharu dan menginap di rumah inap tersebut sejak kelmarin.
“Ketika serbuan dibuat, mereka sedang mencuci motosikal dan sepatutnya pulang semula ke Teluk Intan hari ini,” katanya.
Katanya, kesemua mereka kini ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.