VIRAL TIKTOK - Ada Kecemasan Sebelum Majlis, Pengantin Pakai Baju Biasa je Lafaz Akad Nikah

Ada kecemasan sebelum majlis, pengantin pakai baju biasa je lafaz akad nikah..

Setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pasti akan mengingati momen hari pernikahan buat mereka yang pastinya cukup bermakna.

Ketika itu, sudah tentu masing-masing ingin menggayakan pakaian yang sedondon dan sesuai dengan situasi majlis pernikahan.

Pakai baju biasa

Namun hal ini berbeza dengan perkongsian yang dibuat satu akaun TikTok dikenali sebagai @hajid17 apabila pengantin lelaki hadir di majlis pernikahannya hanya memakai pakaian biasa iaitu seluar jeans dan T-Shirts sewaktu melafazkan akad nikah..

Ada kecemasan sebelum majlis nikah

Menerusi ruangan komen, pengantin lelaki terpaksa memakai pakaian yang kurang sesuai kerana berlaku kecemasan sebelum majlis pernikahan mereka.

Disebabkan tidak sempat menukar pakaian yang lebih sesuai, dia telah hadir ke perkarangan masjid hanya memakai pakaian biasa..

Walau bagaimanpun, majlis berjalan dengan lancar dan lelaki itu beserta pasangan selamat bergelar suami isteri..

Pejabat agama call terus tak sempat nak buat apa

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memahami kondisi yang dialami pengantin lelaki..

Mereka juga menjelaskan bahawa akad nikah yang dilakukan untuk menghalalkan hubungan lebih penting daripada pakaian yang cantik-cantik.

Perkahwinan itu mudah dan tidak perlu disulitkan..


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja