Suspek Kes Buli Merayu Kepada Ibu Bapa Mangsa Untuk Tidak Repot Polis..
Tindakan beberapa remaja yang dipercayai pelajar asrama menumbuk dan menendang seorang pelajar lain secara beramai-ramai tular di medla sosial sehingga menerima kecaman prang ramai..
Menerusi beberapa video yang berdurasi 13 hingga 30 saat itu, seorang remaja dilihat menjadi mangsa buli apabila dia diminta untuk berdiri tegak sebelum ditendang di bahagian belakang badan serta ditumbuk beberapa kali di perut oleh beberapa remaja lain..
Menurut lelaki yang memuat naik video tersebut di akaun Facebooknya, Faez Hamzah, beliau menjelaskan terdapat beberapa remaja yang ingin menjadi gengster dan menunjuk taring sedangkan ibu bapa remaja terbabit menghantar mereka ke asrama untuk belajar hingga berjaya dalam pelajaran.
Difahamkan, kejadian tersebut dirakam oleh individu yang berada..
Hero-hero Malaya sudah tunjuk taring, mak bapa hantar pergi sekolah asrama belajar bagus-bagus untuk menjadi orang yang berjaya, tapi nak menjadi gengster masing-masing nak tunjuk gengster ye, cukup la banyak kes yang telah jadi sebelum-sebelum harap cepat-cepat la insaf,” ujarnya dengan meletak tanda pagar #kuasaviral di hantaran tersebut semalam..
Rata-rata pengguna laman Faceb00k berang terhadap tindakan semua remaja tersebut yang melakukan tindakan membuli secara beramai-ramai terhadap se0rang pengguna serta meminta tindakan dari pihak P0lis Diraja Malaysia (PDRM) dengan segera.
Menurut seorang pengguna bernama Atiqah Harun, dia berpendapat tindakan membuli semua remaja itu akan merugikan masa hadapan mereka di usia muda mereka dan akan dipandang sering oleh masyarakat..
Elok dapat belajar bebas dapat balik kampung jumpa mak ayah,masa depan dah ada jalan depan sikit lagi, tapi dah masuk ke dalam (penjara) nanti, dah tak merasa dah semua kebebasan tu dik, bila dah keluar pun orang akan pandang serong, keluarga kamu pun akan dihina,” jelasnya..
Pengguna lain dengan nama Ramlah Yusuf berkata, dia amat geram melihat perbuatan lagak gengster semua remaja tersebut yang tidak berlaku pada zaman persek0lahan di era tahun 70-an dahulu..
Kami semua nak minta maaf sangat-sangat dekat pihak kau terutama Shaantesh (mangsa), ibu bapa Shaantesh dan semua orang. Kami sedar apa yang kami buat itu salah sangat-sangat.
“Tol0ng sangat-sangat, kami merayu pada tuan dan puan Shaantesh jangan buat lap0ran p0lis sebab kami memang sangat-sangat menyesal,” kata salah se0rang suspek..
Perakam video yang dikenali sebagai Zaf juga tampil memohon maaf di atas tindakannya membuat rakaman video tersebut..Malah dia juga merayu agar mangsa tidak membuat laporan polis serta berjanji tidak akan mengganggu mangsa lagi selepas ini.
“Santesh, aku Zaf nak minta maaf sebab mengaibkan kau, sebab record kau apa semua. Aku harap sangat-sangat, tolonglah jangan report polis. Please la Santesh. Kau saja harapan, weh sumpah lepas ni kitorang tak kacau kau dah..
“Apa je lagi do, satu Malaysia dah cari kit0rang Santesh..Pleaselah, tol0nglah maafkan kit0rang..Banyak benda yang kami semua nak kena hadap. Aku kat situ, sumpah aku tak sentuh kau..Aku record je do, aku tak berani sentuh kau.. Tolonglah, maafkanlah kami,” katanya.