“Saya hanya ingat mᾰti..” Diana Rafar Dedᾰh Detik² Air Melimpᾰh Sekelip Mata Di kondominium Seperti Ombak

“Saya hanya ingat mati..” Diana Rafar Dedah Detik² Air Melimpah Sekelip Mata Di kondominium Seperti Ombak
Suasana kelam-kabut persis babak filem bencana alam Hollywood dengan persekitaran berubah menjadi lautan bergelora disaksikan Diana Rafar di kediamannya di Shah Alam, Sabtu lalu, membuatkan pelakon itu hanya terfikir soal ajal..

Insiden itu tidak mungkin dilupakan Diana, 39, sampai bila-bila. Malah, sehingga hari ini, dia trau.ma untuk pulang ke kediaman jenis kondominium yang menjadi rumah persinggahan mereka sekeluarga di Seksyen 13.

Diana berkata, kedudukan kediaman pada aras enam membolehkan Diana melihat semua yang berlaku sekelip mata..

“Hujan sangat lebat dan angin bertiup kencang. Semuanya berlaku terlalu pantas. Dalam seke.lip mata, air mula memenuhi kawasan persekitaran kondominium..

“Saya sempat meninjau ke luar tingkap. Saya ternampak seorang warga emas melambai-lambai meminta bantuan kerana keretanya ditenggelami air..

“Saya jadi panik kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Alhamdulillah, lelaki terbabit akhirnya berjaya menyelamatkan diri,” katanya kepada BH Online..

Diana berkata, selepas melihat warga emas itu, dia mendengar pengumuman dibuat pengurusan kondominium agar semua penduduk turun..

“Saya panik semula. Kebetulan kakak (Linda) tinggal bertentangan rumah saya. Kami kelam-kabut turun tanpa sempat mencapai apa-apa..

“Saya hanya membawa telefon bimbit dan anak. Rumah juga dibiarkan tidak berkunci akibat terlalu kelam-kabut.. Kami juga terpaksa turun menggunakan tangga kerana perkhidmatan lif tergendala,” katanya..

Diana berkata, sebaik tiba di arah bawah, keadaan bertambah huru-hara apabila semua penduduk berkumpul dan air di luar kondominium makin deras seperti ombak..

Keadaan bertambah kecoh apabila dua penduduk dikatakan terperangkap dalam kenderaan di parkir aras bawah ketika dipercayai cuba menyelamatkan kereta..

“Saya sangat panik lebih-lebih lagi mendapat tahu ada penduduk terperangkap dan dikhuatiri lemas. Air dari sungai berhampiran melimpah dengan deras lalu memasuki ruang parkir aras bawah..

“Buntu apatah lagi telefon pintar kehabisan bateri, saya sempat membuat rakaman video memaklumkan ada orang terperangkap untuk dihantar kepada kumpulan WhatsApp keluarga Rafar..

“Sekurang-kurangnya, keluarga tahu apa yang berlaku. Jika sesuatu terjadi kepada saya, Linda dan anak. Tidak sangka rakaman video itu viral..

“Mungkin ada ahli keluarga membuat perkongsian sehingga tular,” katanya.

Diana berkata, risau kemungkinan air naik, dia dan Linda kembali ke unit kediaman masing-masing.

“Saya dan Linda sangat bimbang jika keadaan bertambah buruk. Lebih-lebih lagi, bekalan elektrik sudah terputus. Kami tidak mampu bertenang.

“Jantung saya berdegup laju sepanjang malam akibat terlalu risau. Linda pula sukar bernafas disebabkan macam-macam bermain dalam fikiran.

“Ketika itu, kami hanya memikirkan soal mati. Saya hanya mampu berdoa dan berzikir sepanjang malam melihatkan air yang berta.kung seperti lau.tan di sekeliling kondominium,” katanya..

Diana berkata, pada mulanya, dia tidak mampu melelapkan mata..

“Saya merasakan malam terlalu panjang sehingga terfikir apakah dunia akan kiamat. Saya pernah terbaca, sebelum kia.mat dunia akan gelap selama tujuh hari..

“Pada malam itu, saya dihubungi Izara Aishah yang bimbangkan keadaan saya. Lantas saya beritahu Izara agar tolong sedekahkan al-Fatihah banyak-banyak buat kami.

“Selepas itu, baru saya boleh lelapkan mata kira-kira dua jam,” katanya.




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja