Sanggup Bawa Bot Dari Melaka Ke Shah Alam! Netizen Terharu Dengan Jasa ‘Abang Viva Viral’

Sanggup Bawa Bot Dari Melaka Ke Shah Alam! Netizen Terharu Dengan Jasa ‘Abang Viva Viral’

Jika disebut mengenai Azwan Omar mungkin ramai yang akan tertanya siapakah figura ini? Namun jika dinyatakan sebagai ‘Abang Viva Viral’ barangkali sudah ramai sedia mengetahui mengenai kisahnya yang tular di media sosial.

Ramai Terharu Dengan Abang Viva Viral 

Figura ini bukan menteri ataupun seorang individu yang dikategorikan sebagai orang yang berada. Namun, keikhlasan dan kegigihannya untuk membantu mangsa-mangsa banjir baru-baru ini membuatkan ramai yang terharu.

Manakan tidak, hanya berbekalkan wang RM50 dan sanggup membawa bot dengan kereta jenis Viva miliknya daripada Melaka ke Shah Alam, niatnya hanya satu, cuma ingin membantu mereka yang terperangkap di dalam banjir.

Kisah Di Sebalik Abang Viva Viral 
Malah, Azwan turut memohon cuti kecemasan dari majikannya bagi tujuan tersebut. Beberapa perkara yang lebih mengharukan turut dikongsi netizen di media sosial. Berikut antara intipati kisah di sebalik Abang Viva Viral.

1. Abang Viva ini bernama Azwan Omar yang datang dari Melaka ke Shah Alam dengan menggunakan kereta Viva dan membawa sebuah bot di atas bumbung keretanya.

2. Dia hanya berbekal duit sebanyak RM50. Dia beli minyak untuk bot sebanyak RM20 dan RM30 lagi untuk makanan seperti roti dan air untuk alas perut.

3. Bekerja sebagai operator mesin dan memohon cuti kecemasan dari majikannya untuk ke Shah Alam bagi menyelamatkan mangsa banjir.

4. Antara mangsa banjir yang diselamatkan ialah pasangan warga emas termasuk suami yang lumpuh dan seorang ibu dengan bayi yang baru dilahirkan.

5. Ketika di Shah Alam. dia hanya alas perut dengan makan roti dan air serta tidur dalam botnya. Namun dia terus kental untuk selamatkan mangsa-mangsa banjir.

6. Cerita mengenainya tular sehingga orang ramai menderma wang kepadanya. Namun dia agak keberatan mahu menerimanya dan menderma sebahagian besar wang itu kepada NGO-NGO lain.

7. Abang Viva berkata, “Saya datang nak tolong dengan ikhlas tak harap apa-apa pun. Saya pun tak minta untuk jadi viral sampai macam ni, orang masuk dalam internet semua. Jadi sumbangan yang saya terima itu saya akan salurkan semula kepada mangsa banjir”

Mahu Kerajaan Hargai Sumbangan
Kisah tersebut bukan sahaja mengharukan malah turut memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mencontohi sikapnya dalam membantu orang lain.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja