Tukang cat maut, adik cedera selepas kereta langgar tiang elektrik


SETIU: Seorang tukang cat kereta maut manakala adiknya cedera ringan selepas Proton Wira dinaiki mereka terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 70, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Kampung Banggol di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.25 petang itu, mangsa, Muhammad Sharil Naim Zulkefli, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Adiknya, Muhammad Sharil Aiman, 15, bagaimanapun hanya mengalami luka pada tangan dan dagu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, sebelum kejadian, kedua-dua beradik itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Saujana di Permaisuri.

“Proton Wira dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kiri sebelum melanggar tiang elektrik.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu manakala adiknya dihantar ke Unit Kecemasan hospital sama untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Afandi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987..


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja