Pengantin ‘Lama’ Bersanding Semula Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-73
Menerusi dua buah video pendek dikongsi memaparkan pasangan warga emas yang segak dan cantik mengenakan busana pengantin lengkap berwarna merun.
Apa yang lebih menarik perhatian lagi, pasangan ini bersanding seperti pengantin-pengantin ‘muda’ yang lain dan sesi memotong kek turut diadakan..
Pada mulanya, lelaki warga emas tersebut kelihatan tersipu-sipu malu ketika sesi menyuap kek kepada isterinya.
Selamat ulang tahun perkahwinan tokki dan tok. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur. Sambut ulang tahun perkahwinan yang ke 73 tahun. Alaa tokki malu-malu.
Ujar pemilik video tersebut, majlis itu diadakan bersempena menyambut hari ulang tahun ke -73 perkahwinan datuk dan neneknya.
Bagaimanapun, tiada info lanjut berhubung video viral ini dan lokasi di mana ia berlaku. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton hampir 1.3 juta tontonan dan memperoleh 100k tanda suka..