Alor Setar : Imam Masjid Negeri Kedah, Shafie Ismail, 58, meninggal dunia di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), Hospital Kulim kira-kira jam 4.37 petang tadi..
Difahamkan arwah sebelum ini terjatuh di bilik air di kediamannya di Kulim, pada pagi Ahad lalu sebelum dimasukkan ke wad di hospital berkenaan..
Imam besar masjid negeri kedah atau lebih dikenali sebagai masjid Zahir, Datuk Sheikh Roslan Abdul Halim berkata pemergian arwah sangat memyedihkan kerana beliau sentiasa komited dalam melaksanakan tugas..
Kali terakhir kami bertemu adalah kira kira dua minggu lalu selepas beliau mengimamkan solat waktu di masjid Zahir..Kami ada bersembang mengenai kesihatannya dan hari ini saya dimaklumkan beliau menghembuskan nafas terakhir kira kira jam 4.37 petang tadi..
Roslan berkata pemergian Shafie dianggap sebagai satu kehilangan yang cukup besar kepada warga Masjid Zahir dan jemaah di situ..
Katanya, Allahyarham seorang yang lemah lembut dan memiliki pengetahuan yang cukup tinggi berkaitan dengan ilmu agama..