Mayat pesara ditemukan dalam kereta

Mayat pesara ditemukan dalam kereta 

GEORGETOWN: Mayat seorang pesara lelaki ditemukan di bahagian pemandu kereta jenis Perodua Myvi di hadapan sebuah premis di Kondominium Golden Triangle, Relau, di sini pagi ini. 

Jurucakap pasukan bomba dan penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan untuk membuka pintu kereta daripada polis pukul 10.37 pagi. 

“Ketika tiba didapati terdapat seorang mangsa lelaki yang lengkap berpakaian baju T merah dan berseluar pendek berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di kerusi pemandu. 

“Ketika itu, enjin kereta berkenaan masih hidup dan berada dalam keadaan berkunci. Anggota memulakan operasi membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini..

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja