Tiga maut, seorang cedera kemalangan tiga kenderaan

Tiga maut, seorang cedera kemalangan tiga kenderaan..

ANGGOTA bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan maut berhampiran Jalan Kampung Melayu Raya di Segamat..

SEGAMAT: Tiga maut manakala seorang penunggang motosikal cedera dalam kemalangan jalan raya berhampiran Jalan Kampung Melayu Raya, kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Marzuki Ismail berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Ford Fiesta, sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Storm serta sebuah motosikal..

Setibanya di tempat kejadian, terdapat empat orang mangsa terlibat dalam kejadian tersebut. Pasukan keluaran operasi (PKO) bertindak mengeluarkan dua orang mangsa yang tersepit di dalam kereta.

“Dua lelaki yang menaiki Ford Fiesta meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi lelaki yang menaiki Mitsubishi Storm yang cedera disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Marzuki, seorang lagi mangsa lelaki iaitu penunggang motosikal hanya mengalami cedera ringan.

Mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sementara mereka yang cedera telah dihantar ke Hospital Segamat untuk menerima rawatan susulan.

Sebanyak dua jentera EMRS dari BBP Bandar Baru Segamat dengan kekuatan keseluruhan seramai 10 orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian diketuai Pegawai Bomba Kanan II Kenny Ismol Abd Rahman.

Operasi kemudian ditamatkan pada pukul 10.35 malam dan punca kemalangan masih dalam siasatan..


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja