Kerana cinta ditolak, Buruh ladang (24 tahun) didakwa bunuh wanita Thailand yang ditemui dalam longkang dengan keadaan separuh bogel..


Kerana cinta ditolak, Buruh ladang (24 tahun) didakwa bunuh wanita Thailand yang ditemui dalam longkang dengan keadaan separuh bogel..

GUA MUSANG – Seorang buruh ladang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang ibu tunggal warga Thailand di hadapan sebuah kedai runcit, dua minggu lalu. .

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Nur Izzat Zulfaqar Mat Jusoh, 24, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah..

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh sehingga menyebabkan kematian Miss Sitipadimoh Adae, 44..

Kesalahan itu dilakukan olehnya di hadapan sebuah kedai runcit di Jalan Relai, di sini kira-kira pukul 12.30 hingga pukul 1.30 petang pada 5 Oktober lalu..

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan..

 Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Faizuan Sulaiman manakala tertuduh tidak diwakili peguam..

Mahkamah menetapkan 19 Disember depan sebagai tarikh untuk sebutan semula kes, serahan laporan kimia dan bedah siasat..

Akhbar Kosmo! sebelum ini melaporkan, perasaan cemburu akibat cinta tidak berbalas dipercayai menjadi motif seorang wanita warga Thailand dibunuh dengan mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel di tepi jalan Gua Musang-Kuala Berang di sini..

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja