Gempa 5.8 skala Richter landa Australia


Melbourne: Gempa berukuran 5.8 skala Richter melanda tenggara Australia hari ini, menurut agensi Geologi Amerika Syarikat.

Penduduk di Melbourne dilapor keluar ke jalanan selepas merasai gegaran ketika berada di dalam bangunan.

Gegaran itu berlaku kira-kira 9 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa berkedalaman 10 kilometer.

Media tempatan melaporkan terdapat bangunan rosak di Melbourne susulan gempa itu, malah penduduk Victoria mendakwa merasai gegaran kuat selama 30 saat.

Gegaran sama turut dirasai di Canberra dan New South Wales.

Video mengenai kerosakan yang berlaku memenuhi media sosial dengan Chapel Street di South Yarra dikatakan paling teruk terjejas.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja